Valentine's day pumping heart

Monday 28 May 2012

Surah AL-'ADIYAT (kuda yang berlari pantas)

dear,
ta nak membebel lah utk entri kali ni. cuma na share sikit ilmu yang ada. ta mau eh kedekut >.<
ingat lagi masa dulu dulu kena dok hafal surah adiyat utk hafazan. mak aihh, ketaq ni ha lutut bagai. punyalah payah cek na hafal surah ni. la ni alhamdulillah cek hafal dah surah ni. berkat kesabaran dan doa. hewwheww. kalau hangpa semua na taw, surah al-Adiyat ni termasuk dalam golongan surah Makkiyah yg mana diturunkan sesudah surah al-Asr iaitu pada tahun kedua hijrah. surah ni dinamakan al-Adiyat berdasarkan perkataan 'Adiyat' (kuda yg berlari pantas) yg terapat pada ayat pertama surah ni. oke mai kita kaji :)



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
#1 - demi kuda perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,
#2 - serta mencetuskan api dari telapak kakinya,
#3 - dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,
#4 - sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,
#5 - lalu menggembur ketika itu ditengah-tengah kumpulan musuh.
#6 - Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.
#7 - Dan sesungguhnya dia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.

dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w telah menghantar satu unit pasukan berkuda utk meninjau kedudukan Bani Kinanah. pasukan itu diketuai oleh Mundhir Bin Amru Al-Ansari. selepas sebulan berlalu, khabar angin tersebar mengatakan yang pasukan peninjau itu telah dibunuh oleh pihak musuh. berita itu disebarkan oleh org munafik di Madinah.
maka, ALLAH S.W.T menurunkan ayat 1-5 utk memberitahu Rasulullah s.a.w bahawa pasukan peninjaunya berada dalam keadaan selamat. 
surah al-Adiyat ini juga menjelaskan karater sebenar nafsu seorang manusia yg tidak terkawal (ayat 6). apabila nafsu tidak dikawal dgn iman, dan hidayah, maka nafsu akan berlari mengejar dunia dan mengabaikan nilai nilai akhirat. sesungguhnya manusia seperti ini diingatkan oleh ALLAH S.W.T dgn pembalasan pada hari kiamat.

1 comment: